Tuesday 27 November 2012

Aromaterapi- Manfaat Kepada Kita

Aromaterapi adalah bau-bauan semulajadi daripada pati organik tumbuhan termasuk akar kayu yang mengandungi khasiat tertentu bila dihidu. Aromaterapi telah digunakan sejak zaman dahulu lagi bagi rawatan kesihatan khasnya untuk menenangkan fikiran dan menambah fokus terhadap sesuatu perkara.

Pada zaman yang bergerak pantas & hidup penuh tekanan kini, kita juga memerlukan sesuatu yang pantas untuk merawat tekanan. Disini kita dapat lihat penggunaan yang meluas aromaterapi ini, contohnya bauan Lavender dalam produk mandian, cucian lantai dan lain-lain lagi.

Lavender memang terkenal dengan aromanya yang lembut yang dapat menenangkan fikiran & juga merawat penyakit insomnia (sukar tidur). Secara tak langsung menampakkan masyarakat kita sudah pandai menggunakan aromaterapi dalam kehidupan seharian.

Begitu juga kami di Muscare, ingin memberikan anda suatu pengalaman berbeza tentang aromaterapi dimana bukan setakat fungsinya yang menenangkan tetapi pelbagai lagi kegunaan melalui produk-produk kami. Jika sebelum ini kita mengagungkan produk wangian import yang mahal harganya, apa kata kali ini anda cuba produk aromaterapi dari Muscare yang lebih banyak manfaatnya jika dibandingkan produk wangian biasa yang hanya mementingkan bau wangi.



Hubungilah pengedar kami bagi merasai perbezaannya hari ini.